Friday, January 25, 2008

Kata-kata Hikmat

'Ilmu Itu Pelita Hidup' , 'Masa Itu Emas' & 'Hidup Ini Satu Perlumbaan'
Kata-kata ini mengandungi makna yang begitu mendalam. Saya selalu berpegang teguh pada kata-kata ini dan jadikannya satu sandaran agar saya lebih fokus dalam apa jua perkara yang saya lakukan. Pada saya, sebagai manusia, kita harus mempunyai pegangan dan matlamat dalam hidup kita agar jadi insan yang berguna. Singapura semakin pesat membangun dan jika tersilap langkah, kita akan jauh ketinggalan di belakang.

Bagaimana pula dengan kamu? Apakah pandangan kamu akan kekata tersebut? Apakah matlamat hidup kamu?

Salam sayang,
Cikgu Nailul

Wednesday, January 23, 2008

Harapan Saya

Saya ingin berkongsi bersama kamu semua akan harapan saya untuk tahun ini. Seperti yang kamu tahu, saya telahpun set the class target for the year. Harapan saya tinggi. Saya ingin mengekalkan my clean record yang telah saya perolehi pada tahun lepas (10 A*s & 20 As). Saya harap kamu akan membanggakan saya dengan keputusan yang bakal kamu perolehi pada tahun ini.
Dengan merealisasikan impian saya, kamu juga dapat memenuhi impian kamu dan juga ibu bapa kamu. Saya yakin dengan kebolehan pada diri kamu. Berikan saya peluang untuk membimbing kamu tahun ini dan Insya Allah dengan kerjasama ibu bapa kamu, kita akan dapat meraih keputusan yang cemerlang.

Harap kamu dapat berkongsi pendapat & pandangan.

Salam sayang,

Cikgu Nailul

Welcome Note

Hai, apa khabar? Saya harap kamu semua dalam keadaan sihat.

Saya baru sahaja mereka sebuah blog. Di blog ini saya harap kamu dapat memberi komen tentang topik yang akan diperbincangkan. Kamu bebas untuk menyampaikan komen asalkan ianya bernas dan bermanfaat.

Salam sayang,

Cikgu Nailul