Tuesday, April 15, 2008

Peperiksaan SA1

Apa khabar semua!

Saya yakin anak didik saya telah membuat persiapan bagi peperiksaan SA1 yang akan menjelang tidak lama lagi. Saya harap kamu semua akan mengulangkaji dengan sebaik mungkin dan pastikan kamu belajar topik-topik yang bakal diuji.

Selamat maju jaya! Saya pasti kamu tidak akan mengecewakan diri kamu, ibu bapa kamu dan juga SAYA. Pastikan kamu memperoleh
Band 1 (Tahap A atas dan A*).

Salam sayang,

Cikgu Nailul

Tuesday, April 1, 2008

SA1 Lisan

Hai semua,

Saya pasti kamu semua sudah tidak sabar hendak diuji dalam bahagian lisan hehehehe.....
Saya tahu kamu sudah berlatih untuk ujian lisan ini. Harap-harap kamu tidak akan akan menghampakan saya. Ulang semula nota-nota lisan yang telah saya agihkan kepada kamu dan pastikan kamu berlatih mengikut format yang ditetapkan. Ingat, isi bagi perbualan bergambar harus padat beserta dengan pendapat. Bagi bahagian Q&A, pastikan kamu terangkan bahagian yang menarik dan terus katikannya dengan pengetahuan am!

Haha saya tahu kamu mesti bosan dengan pesanan saya ini. Tapi apakan daya, target set must be met; Oral - 40 marks & above.

Ok lah sampai di sini sahaja sebelum awak bosan.....

Good luck.


Salam sayang,

Cikgu Nailul