Hai semua,
Alhamdulillah kerana ujian CA1 telah selesai. Bagi murid HMT, esok masih ada lagi! Hehehe...
Syabas kepada kamu semua! Saya berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi walaupun masih ada yang mendapat markah yang agak rendah berbanding dengan rakan-rakan yang lain.
Jangan putus asa. Bagi murid yang mendapat markah yang tinggi, terus tingkatkan usaha dan markah kamu. Bagi mereka yang kurang memuaskan, saya harap kamu akan terus berusaha untuk memperbaiki keputusan kamu dan pelajari daripada kesilapan yang telah dilakukan.
Minggu hadapan ada kelas kuiz sekali lagi sebelum kamu semua boleh bersuka-ria di perkhemahan kamu. Ingat, jangan pandang belakang.... nanti............
Salam sayang,
Cikgu Nailul
Thursday, February 28, 2008
Tuesday, February 19, 2008
Ujian CA1
Murid-murid yang dikasihi,
Sudah mula mengulangkaji pelajaran kamu?
Saya harap kamu sudahpun memulakannya. Jangan lupa ulang semula nota-nota yang telah diberikan dan juga semak lembaran kerja yang telah kamu buat . Diharapkan kesilapan yang lama jangan diulang lagi!
Semoga kamu dapat peroleh markah yang cemerlang.

Wednesday, February 13, 2008
Pencapaian Saya
Helo semua,
Saya harap kamu telah bersedia untuk menduduki ujian CA1 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Sejauh ini banyak latihan yang telah kamu selesaikan. Empat buah kuiz juga telah kamu jalani. Yang ke-5 akan berlangsung Jumaat ini, 15-2-08.
Keputusan yang kamu perolehi itu masih belum memuaskan hati saya lagi dan mungkin ibu bapa kamu juga. Namun, saya yakin kamu akan meningkatkan lagi usaha kamu. Saya harap kamu akan buktikan kepada saya, terutama sekali diri kamu bahawa kamu mampu memberikan yang terbaik!
(1) Apakah pandangan kamu dengan keputusan yang telah kamu perolehi sejauh ini?
(2) Apakah yang akan kamu lakukan untuk mendapat keputusan yang lebih baik?

Ikon Negara
Salah satu ikon negara baru sahaja meninggalkan kita. Ramai yang tersentuh dengan pemergiannya. Mengapakah begitu?
Subscribe to:
Posts (Atom)